Monday 15 April 2013

Asat !!

Asat adalah singkatan untuk Anugerah Asrama Terbilang.Bermula dari awal April yang lalu,Asat telah bermula.Pemantau-pemantau dari serata dunia akan datang memantau kekemasan kamar atau dorm.Kebersihan blok.Fail setiap kamar.


Di samping pemantau datang memantau,terdapat juga beberapa aktiviti yang diadakan untuk dipertandingkan.Antaranya ialah debat,pertandingan bola jaring,nasyid,catur,bola tampar.Bagi pertandingan  bola jaring.Sekolah kami telah memenangi beberapa pertandingan dan telah merangkul dua piala.Bagi pertandingan yang lain,ia akan dipertandingakn pada hari Jumaat bersamaan 19 April 2013.

Sayangnya,asrama kami hanya mampu pergi sehingga ke peringkat negeri sahaja.Hal ini kerana infrastruktur yang tidak mencukupi.Sungguhpun begitu,sudah dua tahun kami mendapat lima mutiara.Iaitu anugerah tertinggi.Untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya kami berjanji untuk mengekalkan kebersihan,kekemasan,kecantikan,kemenabgan dan kejayaan kami.Chaiyokk !!

                Asrama Gilang Gemilang~

No comments:

Post a Comment